Friday, December 7, 2012

Salam Jumaat :)

Assalamualaikum. Salam jumaat   :)

Marilah kita berselawat keatas Nya Nabi Muhammad s.a.w .. Perbanyakkan berselawat.  :)

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 

Jumaat datang lagi dan jumaat jugalah banyak kejadian berlaku. Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim)

Inilah dia kelebihan hari jumaat. Kita disyorkan banyak berdoa dan berselawat pada hari Jumaat. Pergi ke masjid awal untuk solat jumaat. Pakai pakaian yang terbaik untuk solat jumaat. Hari jumaat adalah raja segala hari dalam seminggu.

In Shaa Allah ! :) 

No comments:

Post a Comment