Friday, March 15, 2013

10 Rahsia Hati Seorang Perempuan

Assalamualaikum .. kali nih entry pasal Rahsia Hati Seorang Perempuan yg LELAKI perlu tahuu.  Tapi kat sini ade 10 je. Selebihnya kena faham sendiri okayy  :)

1. SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali

3. HALUS : ibarat sehelai sutera,cantik, mulus, lembut dan mudah tercabik dan koyak .Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran; Bukan DENDAM .

4. IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

5. KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak, dan suami .WANITA amat tabah ..

6. PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam ..

7. MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum ...

8. EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya .

9. CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.... bukan di khianati..

10. SEKS : seks bukanlah segala- galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1akal; NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja; LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu, fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita. SUBHANALLAH .

So Kaum Adam mohon memahami Rahsia Hati Seorang Perempuan.  Selalulah belajar memberi yang terbaik dan jadi orang yang terbaik walaupun kita bukanlah yang terbaik.  :)

singgah sekejap je :D

Assalamualaikum .. hello readers..

Tadaaaaaaa ~ lama tak berblog nih kan ? kesian dah bersawang dahh. Lately TERsangat busy dgn tugasan akhir semester. Hujung bulan April nih, tamatlah pengajian di sini. InshaAllah mudah-mudahan .. Aminn  :)

MARCH punya ceritaaaaaa

Alhamdulillah. rezeki di bulan March. Syukurr :)

rezeki untuk bulan nih. terimakasih Mak :)



Dont worry, Nurul still guna bb okayy. Sayang kat bb tuh. Sebab baru sangat guna kan ? so guna 2 number. 1 untuk public n 1 lagi untuk personal :) 




Thursday, February 14, 2013

header dan design yg baruuu :

caaaaakkkk ! ..

Waaaaah ! kali nih header blog nurul dah bertukar kan ?

Inilah hasil seseorang yg cukup kreatif .. terimakasihh Nad ! seriously sukaaa design blog yg baru nih..



nanti bila masing-maing free, kte jumpaa okayyy !.. Al-maklum busy jek niy haaaa... Terimakasihhh nad !! walaupun simple, tapi cantik. berpuas hati. :))

summary 2013 :)

hello ! hello ! hellooooo.  Eh lupaa pulak nak beri salam. Assalamualaikumm semuaaa :DD

ade orang ke tak ? HAHA ! .. 

Maaf la ye. lama tak update blog niy haaa. sejak masuk last sem nih, busy sangat dgn asgment n project2 yang kena submit. kadang2 nak beriadah pun ta sempat. tension jugak dibuatnyaaa. sobsobsobbb :(

okayy ! kali nih nak buat summary kat blog lah jelah. summary berkenaan ape dah jadi kat bulan-bulan yg lepas. Al maklum lah la kan, semenjak 2013 nih ta sempat nak updated blog nih haaa. kesian blog dah bersarang-sarang nih. *tiup sawanggg yg ade kat blog nih*.  

JANUARY 

Apaaa yg best kat bulan januari nih ek ? ... 

Tadaaaaa ! my bufday . Ohhhh ! sudah meningkat umur nih haaa. makin dewasa katanyaaa. 

Happy Birthday to me ! terimakasih kepada semua yg wish dan yg bg hadiah. Hanya Allah berhak membalasnya. Alhamdulillah masih diberi peluang utk teruskan kehidupan ini.  :') 




Syukur Alhamdulillah .. kali nih celebrate dengan berDUA dgn bestie kat Italian Restaurant The Garden Midvalley Megamall n celebrate dekat uma dgn family n kawan-kawan kolej. terimakasih korang semuaa. sayangg korangg ! nurul hargaii .. :') 

dan .....

dan apa eh ? ape eh ? Hahhahahahaaaa. tetibaaa maluu nak cite. *tergelak-gelak*. Tetibaa hati sedang berbunga-bungaaa. Ohh bungaaaaa .. hihiii  :DD

bersamaaa #ChildhoodFriends :) 


FEBRUARY 


Hellooo February  !! ..

Happy Chinese New Year kepadaa sesiapaaa yg sambut kan ? Semogaa tahun Ular ini lebih bermaknaa kepadaa keluarga .. harii makann limauu . HAHA  ! sinonim dengan limauu kan ?  :DDD

ape lagi eh  ? Haaaa. sekarangg nga cuti CNY nih. tp kejap jek cuti nih. seminggu jelaaa. takpelaa. Nanti dah habis study, cuti lah lelamaaa kan ? Hahahahhaaaa. 

Alamakk ! nak pukul 12malam lah, nanti sambung updated balik ye. rehat jap. .. 

byebyebyeeeee ~~~   








Sunday, December 16, 2012

oh Final Semester !

Assalamualaikum semuaaa orangg :))

kali nih entry pasal Final Semester pulak .. Setelah sekian lama menghitung tahun, bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat akhirnyaaa sampai jugak ke semester yang terakhir. ohh yeaaaaah ! *lelompat*. lol !

Register Final Semester : 13/14. Dis. 2012
Location : campus :)
Class : Bridging Tourism Management

Final Semester nih jadual tak padat sangat la. okay lah tuh kan ? Jumaat tade class gitew. ! ohh syooo00k !. bole balik #HomeSweetHome. Woooww ! sem nih cuma 4 subjek je. JE ? ohh no ! kena 'pulun' pointer jugak nih. In Shaa Allah. Okayy ! nih subjek untuk final semester :

HT 618 : Sales And Marketing
HT 620 : Tourism Project
HT 622 : Community Based Tourism 
AW 201 : Occupational Safety & Health II

Nak cerita serba sedikit pasal subjek nih pun x tahu nak share mcm mane. HAHA ! sebab belum masuk class lagi laaa. Esok baru start class. But .. yang Tourism Project tuh tahu la mcm ne , kiteorang kena buat project berkenaan tempat pelancongan tersebut. Means kena promote dan bagaimana untuk memajukan tempat pelancongan tersebut.. Haaaa. ! macam tu la 'kot'. Tahu punn dr senior . hewhewhewh :DD

Esok 17/12/2012 bermulalah class untuk sesi Des 2012 ( final semester ) ! ohh yeaaaahhh ! tetibaa excited pulak. kahkahkahkahkahhh ! . poyo je kan ? kan ? Okayy ! start Isnin - Rabu je class minggu nih, sebab KHAMIS 20hb Johor cuti sebab Hari Sultan Johor kot. Not sure cuti ape, tapi Johor tetap cuti lah. yeaaah ! lagi syok. Rabu petang dah bole balik #HomeSweetHome. Khamis cuti, Jumaat pulak memang tade class. Nextweekk 24hb pulak cuti seminggu sempena cuti perayaan. cuti lagi kan ? nih yang paling syok kan ? kan?.. Inilah pelajar, pantang dengar cuti, tahu jek kan ? lol ! 

Ape lagi nak membebel eh ? Erm ! tuh jek kot. HAHA. Later nurul sambung dengan entry yang baru okayy. okayy baibaibaiiiiii *lambai tangan*. Assalamualaikum semuaa :)


Monday, December 10, 2012

result exam yg menakutkan .. huh !

Assalamualaikum ! haiii semua orangg. Hihi :D

Entry kali nih pasal RESULT EXAM .. ! Korang nak tahu tak, nak menanti  tepat 00:00 untuk 10122012 memang menakutkan .. Serius ! ta penah rasa takut macam nih. Al maklum lah .. nak tunggu result exam. Padahal selalu je exam kan ? kali nih mmg menakutkan sbb de '' killer subject '' . 

SEMESTER 5 : JULAI 2012 ( subject yang amik untuk sem 5 nih )

AE501COMMUNICATIVE ENGLISH 3





HT513PRINCIPLES OF ACCOUNTING FOR TOURISM  ( Killer Paper ) 





HT516PRINCIPLES OF TOURISM MANAGEMENT   ( Killer Paper ) 





HT517EVENT OPERATION AND MANAGEMENT




PB201ENTREPRENEURSHIP


Time nak bukak memang baca Bismillah banyak-banyak. Risau sangat-sangatt .. Allah je tahu macam mane berdebarnya hati ini. Ya Allah ! Bila dah masukkan nombor kad pengenalan pastu klik '' hantar '' .............
............................................................................................................................................................................................................... . .


Alhamdulillah ! Bersyukur sangat . Semuanya LULUS .. Syukur Ahamdulillah. Gembiranyaaa. Cuma pointer jatuh sikit. Tuh yg ta best tengok. Tapi bagi aku, semua lulus tuh Alhamdulillah. Ta sia-sia usaha aku selama nih.. Kesempatan ini, nak ucap terimakasih sangat-sangat kat lecturer yang mengajar dan classmates. Tak lupa juga katt korang ( *mohonterasa*) yg banyak bagi nasihat dan semangat. Terimakasih semuaaa ! Hanya Allah saje mampu membalasnya. In Shaa Allah  :') 




Friday, December 7, 2012

Salam Jumaat :)

Assalamualaikum. Salam jumaat   :)

Marilah kita berselawat keatas Nya Nabi Muhammad s.a.w .. Perbanyakkan berselawat.  :)

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 

Jumaat datang lagi dan jumaat jugalah banyak kejadian berlaku. Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim)

Inilah dia kelebihan hari jumaat. Kita disyorkan banyak berdoa dan berselawat pada hari Jumaat. Pergi ke masjid awal untuk solat jumaat. Pakai pakaian yang terbaik untuk solat jumaat. Hari jumaat adalah raja segala hari dalam seminggu.

In Shaa Allah ! :)