Wednesday, November 28, 2012

19112012 : LEGOLAND w/ classmates

Assalamualaikum readers. haihaihaihaiiiiii  :DD


Lokasi Legoland Malaysia ini terletak di Iskandar Malaysia, Nusajaya Johor darul takzim. Dengar cerita Lokasi Legoland Malaysia ini di bina dengan kos RM720 juta ringgit. Woowww ! banyak tuh. Pada sesiapa yang teringin untuk pergi Lokasi Legoland Malaysia ini, harga tiket terbaru yang di tawarkan adalah seperti berikut:

DATE : 19112012 / Monday
VENUE : Legoland Malaysia, Nusajaya. Johor

Annual Pass ( Pass tahunan / boleh pergi bilabila selama SETAHUN )
Adult : RM275
Children  ( age 3-11) : RM210
Senior Citizen : RM210

Pass untuk FULLDAY
Adult : RM140
Children : RM60

okayy ! entry kali nih pasal Legoland. Btway date pergi 19112012, tp nih baru updated. lama x bukak blog nih, dah bhabuk2 dah. *tiuptiup* :)

Berkenaan dgn Legoland Malaysia

Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park). Taman Tema Legoland Malaysia adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup dan hiburan di Medini Iskandar Malaysia yang turut termasuk pusat membeli-belah, pembangunan komersil dan bangunan pejabat. Ia adalah taman tema Legoland pertama di Asia dan yang keenam di seluruh dunia. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai permainan dan aktiviti yang disediakan anda boleh lawati laman web rasmi Legoland Malaysia. okayy ! nih contoh MAP LEGOLAND :)




Kali nih trip bersama classmates ( Bridging Tourism Management ) utk subject Event Management.. Last month nurul join trip tourism student pergi Universal Studio Singapore, but bukan 1 class pergi lah yg trip USS tu. Cuma 5/6 orang saje yg pergi. Yg trip Legoland nih all classmates WAJIB pergi. lagi best kalau pergi ramai-ramai kan ? syok dan meriah gitew ! Awwww :PP.. Lecturer awal2 dah remind suh berkumpul depan kampus seawal 8.30pg-isnin 19112012, takut bile ondway pergi nanti jem pulak. Al maklum lah pagi isnin kan ? semua dok berebut nak g keje. hewhew. . Btway mmg jem jugak pagi isnin tuh. tp sempat kteorg tiba di Legoland before legoland bukak. Sementara nak tggu bukak, kteorg pun snap pic depan Legoland .. biaasa lah kan ? setiap gambar adalah kenangan. Chewaah!! . HAHA.

okayy ! kami dah dapat tiket .. ohyeaah ! . LOL 

kat depan pintu masuk Legoland 

okayy ! kat legoland lagi mahal dr USS. 

  benda nih penting okayy ! :D 

Bila dah dpt tiket nih, masing masing excited nak masuk kan ? benda baru kan, sure nak masuk. Hehe. First masuk benda yg nurul tgk dulu adalahhhhhh .. jeng jeng jeng jenggg,.. ROLLER COASTER !.. Haha. nurul suka sangat naik roller coaster. ta tahu tahu kenapa suka.  ( eh bole macam tu pulak kan ) .. kdang-kdang bila nak naik tuh, perasaan mcm2 dah datang. takut ada, suka ade, gayat pun ade. tp tanak layan perasaan tu, so nak naik jugak. but jgn fikir negatif la pasal roller coaster tu, nanti terus ta jadi naik dah .. kan ? kan ? kan ? heheeee :) 


Nih yg paling dekat dgn pintu masuk. So naik nih dulu. tapi yg nih kena naik 4 orang lah. Sekejap je naik nih. Dlm 2 minit lebih mcm tu laa. 



okayy ! muka masingmasing ta payah cakap lah. kahkahkah !

Semua kat Legoland diperbuat dp LEGO. Tp yg roller coaster bukan dr lego lah. cuma yg belah luar-luar roller coaster la yg dihias dp Lego. kalau roller coaster diperbuat dr lego, nampak gayanya tercabut la lego tuh. *gelagelak*.. kahkahkahkah !! 





 Masing-masing beratur untuk roller coaster ..  :) 







waiting for movie Lego 4D 

 hasil dari photographer dalam legoland .. Kami beli gambar nih dgn harga RM30

okayy ! yg kat bawah nih semua buat guna LEGO. Kreatif kan ? name pun Legoland. Semuanyaaa guna LEGO. Bila tengok dekat-dekat, nampak mcm real ! kat sini ade Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei, ade Taj Mahal, Melaka dll .. tp replika jelaa. dibuat dp lego. Eh lupa pulak, Klcc, Dataran Merdeka pun ade kat sini. kreatif kan ?  Huuu ~~~

 burung-burung mcm real kan ? 
photographer. HAHA
hi DINO :D
kapal-kapal laut 


rumah-rumah LEGO









Masjid Brunei 






Melaka river






Taj Mahal 



Dah ta larat nak berjalan dah .. So rehat jap snap pic. LOL ! Yg station nih station terakhir .. so duduk sini puas-puas before kua.   :)

Dr kiri : Ida . Eiya. NURUL . Emma dan Imah

 Hi Dino GEMOK ! yg hijau tuh tw. BUKAN yg biru tuh. kahkahkahkah 

Btway Legoland nih best jugak ! kalau ta silap ade 4 / 5 roller coaster  .. Kat sini bole main lego sepuas-puasnyaa. Haha. Staff kat sini akan ajar macam-macam bentuk yg kita boleh buat guna lego nih.. bestt ! 
Setelah penat berjalan dalam Legoland, kami 1 class snap bersama-sama kat pintu depan legoland. Ini dia gengs TOURISM .. kami akan memajukan industri pelancongan Malaysia demi masa depan Malaysia kelak.    :) 

 with classmates :)


Jadi sesiapa nak merancang percutian keluarga tahun 2013 ni, boleh la plan ke sini bersama keluarga. Harga tiket agak mahal sehingga mencecah ratusan ringgin untuk satu kepala. Mungkin kita boleh simpan skit duit sedikit-sedikit mulai sekarang. Maybe boleh plan untuk ke sana tahun 2013 nanti.  :)

No comments:

Post a Comment