Wednesday, April 25, 2012

abg kerol xcident lagi .

sabtu tengahari ( 21 April 2012 ) .

time tuh aku kebetulan g kedai ngn Eiya beli pen nak exam Isnin 23hb tuh . tibetibe mak cal , ingatkan mak cal nak tanye khabar ke ape . Mak bgtahuu abg kerol xcident lagi . Dalam bulan nih 2 kali die xcident . before 2 weeks die xcident teruk nih die xcident jugak tp cuma kepala berjahit n lukaluka besar kat badan . kebetulan time tuh aku cuti study weeks . so aku blek Kl n aku jadi nurse kat uma tuh sapukan ubat utk die . sbb mak . ayah n  adek bradik yg lain takut tengok lukaluka n darah . Aku da biase tgk darah time keje kt klinik time lepas spm dulu . Time mak cal mak suh aku balik dgn segera . MyB mak lupe yg isnin tuh aku de final . so aku tak balik kl time tuh . sedih juga la . Abg aku yg 1st duk Perak pun dtg melawat, aku ke x balikbalik lg . mak ckp pas exam tuh terus balik .. Mak ckp abg kerol kena langgar dgn kete, teruk sangat . tulang belakang abg kerol patah teruk dan kena buat operation scepat mungkin .. ya Allah ! sedihnya aku dgr mak cerita .. sedih sgtt ..

Ahad malam ( 22 April 2012 )


Ahad malam kakak aku mcj suh baca yassin/doakan untuk abg kerol . Die kena operation tulang belakang time tuh jgk . kalau lambat , makin teruk . Kakak ckp , tulang belakang abg teruk sangat . Boleh jadi lumpuh. ya Allah ! sedihnyaaaa  .. Aku terkilan , mak ta bgtahu pun abg kerol kne operation .. Kakak aku ckp abg masuk ICU ary ahad tuh , tibetibe doctor mntak kebenaran mak nk operation abg kerol . abg kerol masuk bilik operation kol 6ptg smpai 11.30 malam baru kuaaa bilik operation tuh. Kakak ckp abg kerol kena major operation. ya Allah ! teruknyaaa . malam tuh aku nangis saje . sedih sangat .. sape ta sedih bile abg sendiri kne mcm tuh kan ? malam tuh aku ta bole study , tp Alhamdulillah , aku da study bfore tuh .. aku kat Johor cuma tggu panggilan / sms dr fmily aku utk tahu berita psl abg akuu .. malam tuh aku tido lewat , mata bengkak ngis n tidoo ..


Isnin ( 23 April 2012 )


Pagi nih aku exam paper Tourist Behaviour . Killer paper nih . Parah jgk lah soalan nak jawab. Alhamdulillah, aku boleh jawab dgn baiknya . Risauu jgk result kua nanti nih . Ya Allah !! .. Exam pukul 8.30-10.30pg , abis exam aku rushing balik kl . tiket bas aku dah booking awal2 . aku balik kol 12 tghari tuh jgk .. aku smpai HomeSweetHome pukul 5 lebih then rehatrehat kt uma, malam tuh terus g Kelana Jaya Medical Centre melawat abg kerol . Kesian tengok die terlantar kat atas katil . langsung x boleh gerak lgsung. sedihnya aku tengok .. Aku hanya mampu berdoa semoga abang kerol cepat sembuh.   :(


INFO SAKIT BELAKANG 



Jangan ambil mudah jika anda mengalami sakit belakang berpan-jangan. Masyarakat Melayu khususnya sering mengaitkan kesakitan yang dirasai dengan ‘angin’.
Justeru, kaedah paling biasa menye-lesaikan masalah itu ialah berurut. Malah, ada yang lebih rela menelan ubat penahan sakit daripada berjumpa doktor.
Hakikatnya, bahagian ini letaknya tulang belakang yang menjadi tonggak kepada tubuh dan memberi sokongan terhadap berat badan dan kepala.
la bertanggungjawab melindungi saraf tunjang, yang dianggap alat komunikasi dalam tubuh. Jika kecede-raan bahagian ini tidak diubati segera, boleh membawa risiko lumpuh.
Hamdan, 42, tidak menyangka sakit belakang yang dialami sejak beberapa bulan lalu selepas terjatuh daripada motosikal adalah petanda tulang belakangnya tercedera. Disebabkan tidak mengalami sebarang luka, dia tidak ke hospital.
Namun, kesakitan yang menyerang tanpa mengira masa disusuli rasa kebas memaksa Hamdan berjumpa doktor.
Masalahnya dirujuk kepada pakar tulang dan hasil ujian mendapati bapa kepada tiga cahaya mata itu perlu menjalani pembedahan bagi meng-gantikan satu daripada tulang kecil di tulang belakangnya yang kemek.
Pakar bedah tulang Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Mohd Ismail Maulut, berkata bagi kes seperti Hamdan, dia dianggap bernasib baik kerana pembedahan dilakukan segera sebelum melarat sekali gus menjejaskan sistem saraf biarpun kerosakan tulang yang memampatkan saraf itu kritikal.
Andai tulang kecil itu dibiarkan retak atau kemek tanpa sebarang usaha pemulihan, ia akan terus menyebabkan tekanan pada saraf berkaitan.
Selain kesakitan belakang badan dan lemah, keadaan kebas bahagian tertentu, terutama kaki menunjukkan petanda bahaya.
“Ujian sinar x atau pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) membolehkan pakar mengenal pasti sebarang keganjilan atau keadaan tidak normal pada tulang belakang.
“Pada peringkat awal rawatan, pesakit diberi ubat-ubatan bagi meredakan kesakitan, tetapi jika rawatan konservatif masih tidak berkesan, mereka dinasihatkan menjalani pembedahan.
“Kaedah dinamakan bone graf(pem-binaan tulang) ini mampu merangsang pertumbuhan tulang baru dalam tem-poh beberapa bulan berdasarkan keadaan biologi pesakit,” katanya.
Punca sakit tulang belakang
Antara punca keadaan ini adalah traumatik iaitu kecederaan, termasuk kemalangan ketika bersukan atau di tempat kerja dan pathologik pula membabitkan osteoporosis, sejarah kemalangan lalu, selisih sendi dan kecederaan tisu, kanser serta jangki-tan. Berkenaan pathologik, pesakit biasanya tidak menyedari ketumbuhan atau kanser pada bahagian lain boleh merebak ke tulang belakang hingga menyebabkan individu terbabit berasa sakit.
Malah, kebanyakan kes menunjukkan mereka yang mengalami kesakitan pada bahagian belakang tidak mengetahui mereka mempunyai kanser berikutan ketiadaan tanda tertentu. la akan merebak dalam darah dan meresap ke tulang belakang.
Langkah terbaik ialah mengeluarkan ketumbuhan itu. Jika tidak, pesakit akan mengalami kesukaran berjalan dan bergerak selain kebas pada tangan dan kaki. Faktor lain ialah jangkitan yang mempengaruhi tulang belakang seperti tibi.
Dr Ismail berkata, kecederaan tulang belakang yang dialami disebabkan kemalangan biasanya dapat dikesan awal, tetapi kebanyakan masalah yang memerlukan pembedahan bone graf hanya dirujuk selepas pesakit merasai simptom luar biasa itu.
Namun, belum terlewat mengubati mereka selagi tulang yang retak atau patah tidak merosakkan saraf tunjang.
Kaedah pembedahan
Keputusan sama ada pesakit perlu pembedahan bone graf bergantung kepada tahap kecederaan menerusi ujian sinar-x atau MRI.
Penggunaan MRI dianggap paling sempurna selepas penggunaan sinar-x kerana keputusan yang diperoleh lebih terperinci.
Pembedahan bone graf yang merangsang pertumbuhan tulang baru boleh dilakukan dalam dua cara iaitu daripada hadapan (perut) atau terus daripada belakang.
Kedua-dua kaedah ini bergantung pada bahagian mana kecederaan tulang belakang berlaku. Bagi menyokong struktur tulang pula, plet besi dipasang pada bahagian berkenaan. Ruas tulang kecil yang rosak, kemek atau reput akan digantikan dengan tulang pinggul atau dada.
Namun jika pesakit mempunyai masalah membabitkan tulang sedia ada, kemajuan teknologi dapat mem-bantu menerusi tulang palsu. Perlu diingatkan, pesakit tidak perlu bimbang kerana fungsi tulang palsu sama dengan tulang asli.
Proses penyembuhan
Pesakit bukan saja perlukan rehat secukupnya, malah penjagaan teliti. Meminimumkan pergerakan pada awal proses pemulihan amat penting. Proses penyembuhan atau pembinaan semula tulang baru berbeza mengikut keadaan biologi setiap pesakit.
Antara faktornya adalah usia, saiz tulang dan keadaan fizikal individu. Semakin muda pesakit, semakin cepat proses tulang baru dibina. Begitu juga saiz tulang seseorangJika membabitkan tulang lebih besar, ia mengambil masa agak lama. Kebiasaannya, pesakit sudah boleh bergerak cergas dalam tempoh enam bulan selepas pembedahan atau paling cepat tiga bulan.
Penyembuhan pula dilakukan secara berperingkat.Apabila luka pembedahan sudah sembuh, pesakit perlu men-jalani fisioterapi untuk melembutkan kembali otot dan sendi yang lama tidak digerakkan.
Daripada latihan asas seperti meng-gerakkan jari jemari, pesakit akan dibantu berjalan seperti biasa.
Masalah seksual
Pesakit yang sudah menjalani pembedahan tidak perlu bimbang masalah sampingan, terutama berkaitan kemampuan seksual mereka.
Dr Ismail berkata,jika pesakit mampu menjalankan aktiviti rutin seperti biasa termasuk bekerja, bersu-kan dan bersosial sebagaimana ketika sihat, kehidupan serta keinginan seks mereka turut lancar.

Kaedah urutan
Jangan sesekali membiarkan tukang urut mengurut bahagian tulang belakang yang sakit sewenang-wenangnya. Jika tersalah picit, kere-takan atau kecederaan yang dialami akan bertambah teruk.
Dr Ismail berkata, dalam kes patah tangan atau kaki yang tidak kronik, kaedah sama digunakan pihak hospital, namun ia disebut sebagai manipu-lasi bukan urutan.
Namun pesakit akan diberikan ubat bius sebelum proses meluruskan bahagian berkenaan dimulakan. Kaedah itu dilakukan secara berhati- hati dan teliti.
Panduan mengurangkan sakit belakang buat sementara
o Ambil ubat penahan sakit bag! mengurangkan kesakitan.
o Gunakantilamlembutdanselesa.
o Pilih bantal yang mempunyai ciri khusus untuk merehatkan tulang belakang.
o Lakukan latihan fizikal ringan bagi menenangkan bahagian tubuh yang sakit.
Perkara perlu dielakkan ketika menjalankan aktiviti harian
o Mengangkat beban berat.
o Dudukterlalu lama.
o Membongkok terlalu lama.
o Berdiri terlalu lama dalam satu posisi
o Duduk di kerusi tinggi hingga kaki tidak mencecah lantai.
o Jangan melakukan aktiviti lasak
Punca sakit belakang
o Patah tulang
o Selisih sendi
o Artritis (sakit sendi)
o Osteoporosis
o Kecederaan tisu
o Kanser Jangkitan tibi

Read More: 
http://www.serikasih.com/info-sakit-belakang


No comments:

Post a Comment